Riefismi's Blog
Just another WordPress.com weblog

ANTARA MUSIBAH DAN TAKDIR


Kita perlu mengetahui hakikat daripada takdir yang telah ditentukan oleh                ALLAH SWT kepada kita agar kita redha menerima segala apa yang telah menjadi ketentuan Illahi,.Dengan demikian,kita kan mengetahui mana-mana akan ketentuan2 yang harus kita terima dan ketentuan2 yang harus kita berusaha mer“ubah”nya.Di dalam hal ini ada dua takdir yang perlu kita ketahui iaitu;

1.TAKDIR MUBRAM

Yang dimaksudkan denan takdir mubram ialah qadha’ dan qadar yang tidak dapat untuk dielakkan,iainya pasti terjadi pada diri manusia sedangkan manusia tidak mempunyai kesempatan atau tidak ada ikhtiar untuk memilihnya

Sebagai contoh, ketentuan tentang jantina lelaki atau perempuan,tentang terjadi hari kiamat,tentang bila seseorang itu meninggal dunia dan lain-lain.Sebagaimana firman ALLAH SWT di dalam Surah Al-Araf;34 bermaksud –
“Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu,maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat pula memajukannya”

Contoh yang lain,seorang anak sudah berjalan di tepi jalan dengan baik dan hati2 tetapi dengan tidak disangka-sangka ,tiba2 ada kereta yg merempuhnya sehingga anak tersebut tidak ada ksempatan utk mengelakkan diri.Yang demikian adalah dikatakan TAKDIR MUBARAM krn anak itu tak smpat nak mengelak dari bahaya tsebut mskipun dia dah bhati-hati.

Bagi orang yg sedang bjalan-jalan d bawah sbatang pohon kayu, dan tidak menyangka ada dahan pokok kayu itu ada yang dah reput.Tiba2 saja dahan pokok kayu itu patah dan menimpa kepalanya.Contoh yg demikian ini juga dinamakan dengan TAKDIR MUBRAM,terhadap nasib yg demikian bukanlah kerana salah manusia dan bukan juga salah Allah SWT…ini adalah dugaan dari Nya.

2.TAKDIR MU’ALLAQ

Takdir Mu’allaq ialah qada’ dan qadar yg bergantung kepada ikhtiar seseorang atau usaha menurut kemampuan yang ada pada manusia.Dalam menghadapi takdir ini,manusia wajib berikhtiar atau berusaha mengikut kemampuannya merubah keadaan supaya menjadi lebih baik menurut yang dikehendakinya.Dengan pertimbangan akal fikiran,manusia mencurahkan segala usahanya untuk mncapai cita2nya dengan melengkapi syarat2nya ke arah mencapai tujuan itu.Tentu saja soal berhasil atau tidak usaha tersebut adalah bergantung kepada pertolongan ALLAH SWT.Namun hal ini tidak boleh dijadikan alas an utk berputus asa sebab usaha dan ikhtiar itu mmg sudah menjadi kewajipan manusia.

Manusia yang mempunyai akal sihat pasti berkeinginan utk memecahkan segala masalah yg dihadapinya,berusaha utk mnjawab tentangan yg menghalanginya.Hal ini merupakan sesuatu yg biasa dalam kehidupan.Bangsa yg dijajah akan berusaha utk merdeka.Orang yg termasuk dalam lumpur berusaha naik ke tempat yg kering.Orang yg sakit akan pergi berubat utk segera sihat.Kesemuanya itu adalah suatu usaha manusia untuk merubah keadaannya menuju kearah yg lebih baik dan sempurna.Sebagaimana yg dijelaskan di dalam firman Allah SWT yg bermaksud–

“Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan(nasib) ssuatu bangsa sehingga bangsa itu mahu merubah keadaan(nasib) mereka sendiri” (Ar-Ra’d-11)

PERBUATAN MANUSIA DAN TAKDIR MU’ALLAQ

Manusia telah dilengkapi akal fikiran utk mempertimbangkan perkara-perkara yg bermanfaat bagi dirinya serta dengan pertimbangan akal fikiran,manusia akan dapat mngetahui sesuatu yang baik dan yang buruk. Sebagai contoh, bagi seseorang yg telah mengetahui api itu panas,lalu dimasukkan tangannya ke dalam api tersebut,maka akan melecurlah ia.Dalam hal ini siapakah yg salah>Bukankah sebelumnya dia sudah mengetahui akan bahaya api serta Allah swt telah pun memperingatkan dan melarang utk mencedarakan diri dengan sengaja???

Kalau manusia telah mengetahui bahawa mencuri itu adalah perbuatan yg dilarang,kemudian masih tetap nekad utk melakukannya lalu ditangkap dan dihukum.Dalam hal ini siapakah yang salah?Dirinya sendiri atau Negara yang menghukumnya?Begitu juga kalau manusia yang telah diberi petunjuk oleh Allah swt di dalam kitab dan sunnah Rasul-Nya kemudian masih melakukan perbuatan-perbuatan yg dilarang oleh Allah dan atas perbuatan itu dia di masukkan ke neraka,di dalan hal ini siapakah yg bersalah?Allah atau manusia itu sendiri?Walhal Allah swt telah memberi petunjuk,patutkah manusia menyalahkan Allah swt dengan alasan bahawa perbuatannya itu ketentuan Tuhan?

Justeru itu,sbagai makhluk yg berakal,sebenarnya manusia harus bertanggungjawab terhadap segala apa saja yang dilakukan kerana segala perbuatannya itu dilakukan dengan kesedaran dan pertimbangan otaknya yang sihat.Maka sudah sepatutnyalah kalau Allah menghukum  orang yg berbuat salah.Dengan demikian,dapatlah kita ketahui bahawa perbuatan manusia itu adalah termasuk TAKDIR MU’ALLAQ,sebagaimana firman Allah SWT dan maksudnya –

“Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah dan apa saja bencana yang menimpamu maka dari(kesalahan) dirimu sendiri”   (An Nisa;79)

Ayat Al-Quran di atas menjelaskan kepada kita bahawa


1. Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah solat serta merta
walaubagaimana sekalipun keadaan.


2. Bacalah Al-Quran atau tatapilah buku2 atau pergilah mendengar perkataan2
yang baik ataupun amalkan zikrullah,dan janganlah sama sekali saudara
membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah.

3. Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang
betul; kerana Bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4. Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun, kerana
pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang manfaat.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang senantiasa berhubung dengan
Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram

6. Jangan bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti
melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki
oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu resmi yang
sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan2
dan janganlah bercakap melainkan perkara yang membawa kebajikan sahaja.

9. Berkenal-kenallah dengan tiap2 saudara Ikhwan Al-Muslimin yang saudara
bertemu dengannya walaupun ia tidak meminta untuk berbuat demikian kerana
asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10. Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu
tolonglah saudaramu sendiri

apa saja kenikmatan dan kebaikan yang diperolehi manusia adalah anugerah dari Allah, akan tetapi nasib yg menimpa manusia itu tidak terlepas daripada kesalahan memilih,salah langkah,salah jalan,salah usaha ,samada dengan sengaja ataupun tidak.

Firman Allah SWT; “Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri,dan Allah memaafkan sebahagian besar(dari kesalahan-kesalahanmu)” (As Syura;30)


Allah SWT telah berjanji bahawa barangsiapa yg berbuat baik akan masuk syurga dan barangsiapa yg berbuat dosayg berterusan tanpa taubat  akan masuk ke neraka.Akan tetapi tahukah adakah takdir telah menentukan samada ke syurgakah atau ke neraka kah kita nanti??Justeru itu berbuatlah kebaikan dan perbanyakkan melakukan amal soleh suapaya kita akan mendapat tempat yang baik iaitu SYURGA kerana janji Allah itu pasti.Minimakan saiz dosa kita sekecil yang boleh .

Apakah tingkah laku perbuatan manusia itu termasuk TAKDIR MUBRAM atau TAKDIR MU’ALLAQ? Maka jawapannya ialah, tingkah laku manusia itu termasuk di dalam takdir MU’ALLAQ.Akan tetapi perlu diingat bahawa hal yg demikian itu tidaklah mutlak kerana manusia tidak mengetahui seluruh rahsia daripada sebab2 yg menimbulkan tujuan atau akibat dari hukum sunnatullah.Dengan berdasarkan keterangan2 di atas,maka dapatlah difahami bahawa di dalam menghadapi cubaab atau musibah yg datangnya dari Allah,ada perkara-perkara yg harus kita terima seadanya kerana ianya tidak dapat untuk di ubah dan kita harus menerimanya dengan penuh rasa kesabaran dan kerelaan.Namun ada pula ketentuan yg dituntu kepada kita supaya berikhtiar untuk merubahnya.Dalam hal ini jika kita taidak berusaha utk merubahnya ke arah yg lebih baik,maka kesalahan itu datang dari diri kita sendiri…Wallahu’alam.

No Responses to “ANTARA MUSIBAH DAN TAKDIR”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: