Riefismi's Blog
Just another WordPress.com weblog

hukum bunuh cicak


assalammualaikum ustaz..

soalan pertama 

– apakah hukum keluar bersama perempuan yang bukan muhrim secara berduaan dikompleks-kompleks???

soalan dua

– apakah hukum membunuh cicak pada malam jumaat?? sila sertakan dengan hadis.. ada orang mengatakan ia mendpat pahala adapula yang mengatakn tidak ada hadis yang membolehkan bunuh cicak pada malam jumaat mendapat pahala. so ia seperti menzalimi binatang itu..sila beri penjelasan..

soalan tiga

– apakh hukum membaca yasin pada malam jumaat yang dilakukan dengan niat untuk seseorang yag telah meninggal dunia.???? ada pihak mengatakan ia bid’ah kerana apabila seseorang telah mati mata terputus segala amalannya kecuali 3 perkara..doa anak soleh, amal jariah, dan ilmu yang bermanfaat. so saya ingin penjelasan dari ustaz..

terima kasih..

w.salam

Jawabannya :

jawapan pertama;

1.  Islam melarang pasangan yg belum bernikah keluar bersama2 ke tempat seperti yg disebut melainkan ada ditemani oleh mahramnya. Tetapi jika kebetulan berjumpa di situ dan ada orang lain disekeliling maka tidaklah salah disisi syarak dengan merengkaskan perbualan setakat yg perlu sahaja.

Apa yg dikerjakan oleh pasangan2 dizaman sekarang seperti keluar bersama, berpegangan tangan, menonton wayang, makan, bersiar2 makan angin atau membeli belah adalah dilarang kerana boleh menjerumuskan kearah berbuat maksiat.


jawapan kedua ;

2.Banyak terdapat hadis tentang hukum membunuh cicak,antaranya:


1/Riwayat dari Ummu Syarik:”Sesungguhnya nabi
s.a.w menyuruhnya membunuh cicak”

2/Riwayat dari Amir Bin Saad dari ayahnya:
“Sesungguhnya nabi s.a.w menyuruh membunuh cicak dan menamakannya sebagai Fuwaisiqah”

3/Riwayat dari Abi Hurairah dari nabi s.a.w:
“sesiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan dituliskan baginya 100 kebajikan,dan
membunuhnya dengan 2 kali pukulan dituliskan baginya kebajikan kurang dari yang pertama,dan membunuhnya dengan 3 pukulan,kebajikannya kurang dari yang kedua”

Saudara boleh rujuk hadis ini dalam Sahih Muslim dalam “Kitab Qatlul Haiyyat”

Ibnu Kathir meriwayatkan dalam kitabnya
“Al-Bidayah Wa Nihayah” bahawa nabi menyuruh
membunuh cicak kerana semasa nabi Ibrahim Alaihissalam dibakar semua binatang cuba utk memadamkan api,sedangkan cicak menghembus utk memarakkan lagi api.

Jadi dari hadis diatas,maka jelas disini bahawa membunuh cicak adalah sunat hukumnya tetapi tidak dikaitkan dengan hari jumaat atau mana2 hari.


jawapan ketiga ;

3.   Harus baca Yaasin pada malam jumat atau malam lainnya dan bukanlah termasuk perkara bida’ah dengan syarat tidak diiktikadkan sunat membacanya itu pada malam jumaat sahaja.

Perkataan yg mengatakan tidak boleh baca Yaasin atau surah2 lain kepada simati adalah tidak benar kerana telah berkata dengan harusnya oleh ulamak2 yg muktabar seperti Imam Hanbali, Imam Nawawi, Syeikh Athiyah Soqr ( Ketua Lujnah Fatwa Universiti Al-Azhar) dan lain2.

Begitu juga tidak betul perkataanya yg mengatakan hanya tiga perkara berjalan kepada orang yg telah mati kerana ada beberapa amalan lain yang boleh dikerjakan oleh yg masih hidup untuk orang yg telah mati yg disebutkan dalam hadith2 yg lain seperti puasa, haji, zakat, kifarah, fidhyah dan seumpamanya.

wallahua’lam

About these ads

No Responses to “hukum bunuh cicak”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: