Riefismi's Blog
Just another WordPress.com weblog

Tidur yang harus dikejutkan



Dalam Syarah al-Muhazzab, Asy Syeikh Muhazzab, Asy Syeikh Muhyiddin An Nawawy berkata disuruh supaya membangunkan orang yang sedang tidur untuk mengerjakan solat terutamanya apabila waktu solat sudah hampir habis. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT iaitu tolong-menolonglah antara kamu dalam ketakwaan dan kebaktian.di dalam kitab Tashilul Maqooshid Li Zuwaari Masaajid disebutkan bahawa adalah sangat baik mengejutkan orang tidur dalam keadaan :

1. Untuk mendirikan solat apabila waktu solat hampir habis

2. Sekiranya seseorang sedang tidur di hadapan orang yang sedang bersolat

3. Jika tidur pada saf pertama di dalam masjid

4. Jika tidur di atas beranda yang tidak berpagar

5. Jika tidur sebahagian badan mengenai sinaran matahari dan sebahagian lagi
berada di tempat teduh

6. Jika tidur sesudah terbit fajar dan sebelum terbit matahari

7. Jika tidur mendirikan solat fardu Isyak kerana tidur sebelum mendirikan
solat adalah makruh

8.  Jika tidur selepas azan

9.   Jika tidur seorang diri di rumah. Di dalam kitab Syaabul Iman dinyatakan
sebagai makruh

10. Jika wanita tidur terlentang iaitu tidur dengan walah menghadap ke atas.
Didalam kitab al-Minhaad dinyatakan makruh

11. Jika tidur di atas muka (meniarap atau terlungkup). Hal ini berdasarkan
teguran Rasulullah SAW apabila baginda melihat seseorang tidur seperti itu
“tidak dimikian itu, dibenci Allah dan RasulNya

12. Adalah baik mengejutkan orang lain untuk bangun malam seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW di mana baginda membangunkan Fatimah. Tentang hal ini Rasulullah SAW bersabda :“Allah mengasihi orang lelaki yang bangun malam kemudian membangunkan isterinya, apabila isterinya enggan maka hendaklah diperciKkan air  ke mukanya

No Responses to “Tidur yang harus dikejutkan”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: